Asalamualaikum wrhbkth,
Semoga semua rakan-rakan berada dalam keadaan sihat walafiat setelah bercuti lebih dari sebulan. Seperti yang saya cadangkan, saya telah membuka blog ni buat semua rakan-rakan menggunakannya sebagai ruang untuk kita berbicara, memberi pandangan, pendapat, berkongsi pengalaman, ilmu dan apa jua. Sila gunakan dengan seluas-luasnya. Sdra/sdri boleh membuat posting terus ataupun memberi komen.
Saya telahpun memasukkan sdra/sdri sebagai co-author. Apa yang perlu sila respond kepada email yang telah dikirimkan oleh blog ini.
Saya harap nama blog ni ok. Kalau tak okay, kita boleh ubah. Takde hal punya.
Dan saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya didalam peperiksaan semester lepas. Jika ada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Masih ada masa lagi untuk kita perbaiki keputusan.
Salam buat semua
Thursday, February 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment